Friday, 23 November 2012

Scandel ANUAR ZAIN DENGAN NORA DANISH


PENYANYI lelaki yang berada dalam kelas tersendiri, Anuar Zain mengakui pelakon Nora Danish merupakan wanita yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Malah, jika suatu hari nanti dia ditakdirkan menamatkan zaman bujangnya, dia percaya citarasanya akan menjurus kepada apa yang dimiliki artis wanita popular itu.
Jarang-jarang kita dapat mendengar pengakuan sedemikian daripada artis berusia 42 tahun yang sedari dulu menjadi kegilaan wanita ini.
Malah, pengakuan jujur Anuar turut mengejutkan media yang menemubualnya.
Menurut Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, ciri-ciri wanita idaman yang diminatinya dapat dilihat pada aktres kesayangan ramai yang cukup bersopan itu.
"Nora mempunyai raut wajah seorang wanita yang suci, selain mempunyai perwatakan yang cukup feminin.
"Selain itu saya juga suka melihat cara dia membawa diri apabila berada di khalayak mahupun sewaktu bekerjasama dengannya dalam muzik video terbaru saya," katanya pada majlis pelancaran muzik video bagi lagu Ajari Aku.
Muzik video diarahkan oleh pengarah yang meningkat naik, Ghaz Abu Bakar itu turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali, selain Nora yang menjadi pasangan Anuar.
Walaupun penyanyi itu mengatakan tidak akan menolak sekiranya dijodohkan bersama pelakon tersebut, Anuar berkata dia sedar bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar teman sewaktu bekerja.
"Soal jodoh memang bukan kuasa kita. Jika ditakdirkan kami bersatu saya tidak akan menolak. Tetapi itu bukanlah situasinya buat masa sekarang.
"Hubungan kami berdua hanyalah sebagai kawan di set penggambaran muzik video tersebut sahaja kerana saya tidak mahu campur urusan kerja dan peribadi," kata Anuar yang turut berlakon untuk muzik video tersebut.
Tambah adik kepada penyanyi Ziana Zain itu, perasaan minatnya terhadap Nora tidaklah sehingga membuatkan dirinya mahu mengenali pelakon itu dengan lebih rapat lagi.
mengambil peluang untuk mengenali beliau dengan lebih rapat.
"Buat masa ini saya masih perlu memberi fokus sepenuhnya kepada karier nyanyian, tinggalkan seketika cerita peribadi," tambahnya yang turut menegaskan rupa paras fizikal pada bakal i"Walaupun mengatakan Nora mempunyai ciri-ciri gadis idaman saya, itu tidak bermakna saya mahu menjadikannya isteri kelak.


Artikel Penuh: UTUSAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment