Asalammualaikum.Hai korang(!) Have a great day?.Okay,ni aku ada sikit bende hendak shair dengan korang.GOLONGAN remaja atau muda macam kita ini adalah golongan yang berani untuk mencuba pelbagai jenis fesyen(Majority). Mereka suka bergaya dan gemarkan pada kelainan dalam berpakaian.BETUL KAN!
Bagaimanapun tidak ramai daripada kita yang gemar mengenakan batik. Bagi kita, batik dianggap sebagai pakaian untuk mereka yang berusia, dipakai oleh kakitangan kerajaan pada hari Khamis atau sebagai pakaian ke majlis-majlis rasmi.
Kini golongan remaja atau muda yang ingin mencuba fesyen batik boleh bergaya dengan pakaian denim yang diberi sentuhan lukisan batik.
Lukisan batik ini dibuat lain daripada yang lain kerana motif pilihan bukan seperti batik biasa. Motif abstrak, flora dan fauna atau imbasan wajah artis-artis tersohor dalam dan luar negara menjadi pilihan kerana mahukan kelainan.
Selain dilukis di atas baju, seluar, kemeja, blaus, jaket bolero atau skirt panjang denim, teknik meluntur denim, tampalan atau teknik ikat dan warna turut digunakan. Agar nampak lebih eksklusif, lukisan batik ini ditambah dengan manik dan labuci.
Pemakainya mudah memadankannya dengan kemeja-T, blaus biasa atau seluar ketat mengikut kesesuaian dan keselesaan.
Mensasarkan pada golongan remaja dan muda, rekaan denim batik ini amat sesuai untuk dipakai ketika bersiar-siar, bersantai di kafe atau ke acara hiburan.
Ini Semua Antara Koleksi Yang Korang boleh cari,tapi ada yang lagi, AWESOME dari ini untuk Korang(!).Mesti.Wajib REMBAT(!)
No comments:
Post a Comment