Saturday 24 November 2012

Ona Pastel


ONA pastel menjadi trend pada masa kini kerana mampu membuatkan si pemakai kelihatan 'manis', selain menyerlahkan sisi femininnya.
Warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu juga menjadi pilihan ramai bagi mereka yang kurang menggemari rona garang.
Cara terbaik untuk menyerlahkan busana yang berwarna pastel adalah dengan menggandingkan dua warna pastel dalam satu masa.
Pun begitu, perkara asas yang perlu kamu ketahui dalam pemilihan pakaian adalah mengenal pasti warna yang sesuai dengan kulit masing-masing.








Okay,Geng selamat berfeyen :)



Friday 23 November 2012

Batik VS Fesyen



 Asalammualaikum.Hai korang(!) Have a great day?.Okay,ni aku ada sikit bende hendak shair dengan korang.GOLONGAN remaja atau muda macam kita ini adalah golongan yang berani untuk mencuba pelbagai jenis fesyen(Majority). Mereka suka bergaya dan gemarkan pada kelainan dalam berpakaian.BETUL KAN!
Bagaimanapun tidak ramai daripada kita yang gemar mengenakan batik. Bagi kita, batik dianggap sebagai pakaian untuk mereka yang berusia, dipakai oleh kakitangan kerajaan pada hari Khamis atau sebagai pakaian ke majlis-majlis rasmi.

Kini golongan remaja atau muda yang ingin mencuba fesyen batik boleh bergaya dengan pakaian denim yang diberi sentuhan lukisan batik.
Lukisan batik ini dibuat lain daripada yang lain kerana motif pilihan bukan seperti batik biasa. Motif abstrak, flora dan fauna atau imbasan wajah artis-artis tersohor dalam dan luar negara menjadi pilihan kerana mahukan kelainan.
Selain dilukis di atas baju, seluar, kemeja, blaus, jaket bolero atau skirt panjang denim, teknik meluntur denim, tampalan atau teknik ikat dan warna turut digunakan. Agar nampak lebih eksklusif, lukisan batik ini ditambah dengan manik dan labuci.
Pemakainya mudah memadankannya dengan kemeja-T, blaus biasa atau seluar ketat mengikut kesesuaian dan keselesaan.
Mensasarkan pada golongan remaja dan muda, rekaan denim batik ini amat sesuai untuk dipakai ketika bersiar-siar, bersantai di kafe atau ke acara hiburan.





 
   

 Ini Semua Antara Koleksi Yang Korang boleh cari,tapi ada yang lagi, AWESOME dari ini untuk Korang(!).Mesti.Wajib REMBAT(!)